Kadazan-Dusun
Kumpulan etnik dari Sabah, Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kaum Kadazandusun (juga dikenali sebagai bangsa "Mamasok Sabah") atau Bangsa Mamasok Kadazan-Dusun merupakan kumpulan kaum bumiputera asal yang terbesar di Sabah.[1] Kaum Kadazan-Dusun juga merupakan satu kumpulan etnik dari dua bangsa iaitu Bangsa Kadazan dan Bangsa Dusun di Borneo yang digabungkan menjadi satu kumpulan kaum/etnik. Kaum ini juga telah dikenali dalam bahasa asal sebagai "Mamasok" atau "Pasok" yang ertinya "original", "yang sudah menduduki", "orang asal " ataupun "orang asli pribumi". Kaum etnik Kadazandusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialect dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Etnik Kadazan-Dusun telah diiktiraf sebagai etnik masyarakat orang asal Borneo Utara (Sabah) dengan warisan dan budaya yang didokumenkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sejak tahun 2004.[2] Kadazan-Dusun turut diiktiraf sebagai kumpulan Pribumi asal di Sabah yang mempunyai hak istimewa tersendiri dari hak tanah, sungai, sehingga penjagaan adat resam.
Jumlah penduduk | |
---|---|
1,701,285 | |
Kawasan ramai penduduk | |
Malaysia (Sabah, Labuan, Brunei, Semenanjung Malaysia) | |
Bahasa | |
Bahasa Dusun, Kadazan, dan Bahasa Melayu | |
Agama | |
Kristian (74.8%), Islam (22.6%), Animism | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Dusun, Rungus, Kadazan, Orang Sungai , Murut, Lun Bawang/Lun Dayeh | |
a Buku Tahunan Statistik: Sabah, 2002, & Data Sabah Statistik 2020 |
Beberapa pertubuhan telah ditubuhkan untuk menjaga hak istimewa Kadazan-Dusun di Malaysia dan salah satunya adalah, Pertubuhan Kadazan-Dusun Murut (KDM) Malaysia, atau dikenali sebagai Pertubuhan KDM (Organisation) Malaysia yang berpusat di Donggongon, Penampang Sabah, Malaysia.