Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2020
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2020 (juga dikenali sebagai UEFA Bawah-19 Euro 2020) akan menjadi edisi ke-19 Kejohanan Remaja B-19 UEFA (edisi ke-69 jika era Remaja Bawah-18 dimasukkan), sebuah kejohanan bola sepak belia antarabangsa tahunan yang dianjurkan oleh UEFA untuk pasukan lelaki bawah 19 tahun negara Eropah. Disebabkan oleh pandemik COVID-19, kejohanan pada mulanya ditunda, dijadualkan semula dan dibatalkan pada Oktober 2020.
2020 UEFA European Under-19 Championship | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Ireland Utara |
Tarikh | Mac 2021[1] (dibatalkan) |
Pasukan | 8 (dari 1 konfederasi) |
Tempat | 4 (di 1 bandar) |
ā 2019 2021 ā |
Ireland Utara, di mana kali terakhir menjadi tuan rumah kejohanan adalah di tahun 2005,[2][3] dipilih sebagai tuan rumah oleh UEFA pada 9 Disember 2016.[4]
Seperti edisi sebelumnya yang diadakan pada tahun-tahun bernombor genap, kejohanan ini dijadualkan sebagai kelayakan UEFA untuk Piala Dunia B-20 FIFA. Lima pasukan teratas kejohanan akan layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2021 di Indonesia sebagai wakil UEFA. Berikutan pembatalan kejohanan, UEFA sebaliknya mencalonkan lima negara teratas dalam kedudukan pekali pusingan kelayakan.[5]