Kekhanan Turkik Pertama
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kekhaganan Turkik Pertama (juga dirujuk sebagai Empayar Turkik Pertama,[12] Kekhaganan Turkik atau Kekhaganan Göktürk) adalah sebuah kekhaganan Turkik yang diasaskan oleh puak Ashina dari Göktürk pada Zaman Pertengahan di Asia Dalam di bawah kepimpinan Bumin Qaghan (meninggal 552) dan abang beliau Istämi. Kekhaganan Turkik Pertama mengantikan Kekhaganan Rouran sebagai sebuah kuasa hegemoni di Pelantar Mongolia dan dengan pantas meluaskan wilayahnya di Asia Tengah, dan menjadi empayar trans benua Asia Tengah pertama yang bermula di Manchuria ke Laut Hitam.[5]:49[13]
Kekhaganan Turkik Pertama | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
552–603 | |||||||||||||
Status | Kekhaganan (empayar nomad) | ||||||||||||
Ibu negara |
| ||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | |||||||||||||
Agama | Tengrisme | ||||||||||||
Demonim | Türük Türk | ||||||||||||
Qaghan | |||||||||||||
• 551–552 | Bumin Qaghan (pertama) | ||||||||||||
• 599–603 | Tardu (akhir) | ||||||||||||
Yabgu | |||||||||||||
• 552–575 | Istämi (pertama) | ||||||||||||
• 575–599 | Tardu (akhir) | ||||||||||||
Era Sejarah | Selepas klasik | ||||||||||||
• Bumin Qaghan memberontak ke atas Kekhaganan Rouran | 542 | ||||||||||||
• Didirikan | 552 | ||||||||||||
• Perang Saudara Göktürk | 581 | ||||||||||||
• Penyatuan semula singkat | 603 | ||||||||||||
• Perpecahan Kekhaganan Turkik Barat dan Timur | 603 | ||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||
557[10][11] | 6,000,000 km2 (2,300,000 bt2) | ||||||||||||
|
Meskipun Göktürk bertutur Turkik Tua, teks-teks dan syiling rasmi awal kekhaganan ditulis dalam bahasa Sogdia.[6][14] Ia merupakan negara Turkik pertama yang menggunakan nama Türk secara politiknya.[15] Skrip Turkik Tua telah dicipta pada separuh pertama kurun ke-6.[16][17]
Ia runtuh pada tahun 603, selepas satu siri konflik dan perang saudara yang memecahkannya kepada Kekhaganan Turkik Timur dan Kekhaganan Turkik Timur. Empayar Tang menakluk Kekhaganan Turkik Timur pada tahun 630 dan Kekhaganan Turkik Barat pada tahun 657 dalam satu siri kempen ketenteraan. Kekhaganan Turkik Kedua muncul pada tahun 682 dan berlangsung sehingga tahun 744 apabila ia dijatuhkan oleh Kekhaganan Uyghur.