Kepulauan Mariana Utara
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kepulauan Mariana Utara, secara rasmi Komanwel Kepulauan Mariana Utara (CNMI), ialah komanwel dalam penyatuan politik dengan Amerika Syarikat di Lautan Pasifik barat. Terdiri daripada 15 buah pulau, ia terletak di lokasi yang strategik, hampir tiga suku jaraknya antara Hawaii dan Filipina di 15°1′2″U, 145°4′5″T. Biro Bancian Amerika Syarikat melaporkan luas dataran sebanyak 463.63 km² (179.01 batu persegi) untuk semua pulaunya.
Fakta Segera Komanwel Kepulauan Mariana UtaraSankattan Siha Na Islas Mariånas, Ibu negara ...
Komanwel Kepulauan Mariana Utara Sankattan Siha Na Islas Mariånas | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Gi Talo Gi Halom Tase (Chamorro) Satil Matawal Pacifico (Carolinian) | |||||
Ibu negara | Saipan | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris, Chamorro, Carolinian | ||||
Kerajaan | Kepresidenan demokrasi perwakilan | ||||
George W. Bush | |||||
• Gabenor | Benigno R. Fitial | ||||
• Timbalan Gabenor | Timothy P. Villagomez | ||||
• Wakil Residen | Pedro Agulto Tenorio | ||||
Komanwel Penyatuan dengan Amerika Syarikat | |||||
• Perjanjian | 1975 | ||||
sikit | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Julai 2005 | 80,801 (ke-198) | ||||
Mata wang | Dolar Amerika Syarikat ( USD ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Kod panggilan | 1 670 | ||||
Kod ISO 3166 | MP | ||||
DPT internet | .mp |
Tutup
Kiraan banci tahun 2000 ialah 69,221 orang, [1] dengan anggaran jumlah penduduk sebanyak 80,362 orang pada tahun 2005. Kepulauan Mariana Utara mempunyai nisbah jantina perempuan dengan lelaki yang tertinggi di dunia, dengan 77 orang lelaki bagi setiap 100 orang perempuan pada puratanya.