From Wikipedia, the free encyclopedia
Kimchi jjigae (sebutan bahasa Korea: [kimtɕʰi tɕ͈iɡɛ]) ialah sejenis masakan Korea berupa jjigae, atau stew, yang diperbuat daripada kimchi dan bahan lain, seprti daun bawang, bawang, potongan tauhu, daging babi dan makanan laut, namum daging babi dan makanan laut tidaklah digunakan pada masa yang sama. Ia merupakan jjigae yang paling lazim di Korea.
Kimchi jjigae | |
---|---|
Jenis | Jjigae |
Tempat asal | Korea |
Bahan utama | Kimchi, daun bawang, bawang, potongan tauhu, daging atau makanan laut |
sunting · sunting di Wikidata |
Hangul | 김치찌개 |
---|---|
Perumian Semakan | gimchi jjigae |
McCune–Reischauer | kimch'i tchigae |
Kimchi diketahui dimakan sebagai sayuran jeruk, dan menjadi kimchi yang diketahui kini pada era pertengahan Joseon, apabila cili mula diperkenalkan di negara tersebut. Kimchi jjigae dianggap mula diperkenalkan sekita zaman tersebut juga.[1]
Kimchi jjigae sering dimasak di rumah-rumah orang Korea dengan menggunakan kimci "masak" yang lebih lama tertapai atau dijerukkan, mewujudkan rasa yang lebih kuat dan kandungan bakteria "baik" yang lebih banyak seperti dalam yogurt. [2] Walau bagaimanapun, bakteria hidup yang wujud dalam kimchi segar yang tidak dimasak tetap tidak bertahan dalam proses masakan tersebut. Stew tersebut dikatakan lebih kuatrasanya dengan kimchi matang, manakala kimchi baru mungkin tidak menghasilkan rasa yang lebih. Kimchi merupakan bahan utama dalam kimchi jjigae, dan penggunaan bahan lain adalah bergantung kepada kehendak dan cita rasa masing-masing.
Potongan kimchi diletakan dalam periuk bersama daging lembu, daging babi ataupun makanan laut, tauhu, hirisan daun bawang, bawang putih, dan semuanya direbus dalam air atau stok ikan bilis. Stew diperisakan dengan doenjang (pes kacang), haszing duu (air pedas), atau gochujang (pes cili merah).[1]
Seerti kebanyakan masakan Korea lain, kimchi jjigae lazimnya diletakkan di tengah-tengah meja dan diiringi dengan pelbagai banchan (hidangan sampingan berupa lauk) dan nasi. Ia lazimnya dimasak dan disaji secara panas mendidih dalam periuk batu.
Selain bahan biasa iaitu daging lembu, babi, atau ayam, sesetengahnya dipanggil mengikut nama tersendiri.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.