Kris Wu
Perogol berasal dari Canada / From Wikipedia, the free encyclopedia
Wu Yi Fan[1] (Cina ringkas: 吴亦凡code: zh is deprecated , disebut [ǔ î fân]; lahir 6 November 1990), lebih dikenali sebagai Kris Wu, ialah pelakon, penyanyi, penerbit rakaman, dan model Cina Kanada.[2] Dia ialah bekas ahli kumpulan K-Pop Korea Selatan EXO dan subkumpulannya EXO-M di bawah SM Entertainment, sebelum meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2014.[3]
Kris Wu | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
吴亦凡 | |||||||
Kelahiran | Li Jiaheng (李嘉恒code: zh is deprecated ) (1990-11-06) 6 November 1990 (umur 33) | ||||||
Warganegara | Kanada | ||||||
Nama lain | Wu Yi Fan | ||||||
Pusat pendidikan | Sir Winston Churchill Secondary School | ||||||
Pekerjaan |
| ||||||
Tahun aktif | 2012–kini | ||||||
Kerjaya muzik | |||||||
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan | ||||||
Genre | |||||||
Instrumen | Vocals | ||||||
Syarikat rakaman |
| ||||||
Pengkarya berkait | |||||||
Li Jiaheng | |||||||
Tulisan Cina Ringkas | 李嘉恒code: zh is deprecated | ||||||
Tulisan Cina Tradisional | 李嘉恆code: zh is deprecated | ||||||
| |||||||
Laman web rasmi | www |
Wu aktif sebagai artis solo dan pelakon di Tanah Bear China dan telah membintangi beberapa filem pecah panggung No. 1 termasuk Mr. Six (2015) dan Journey to the West: The Demons Strike Back (2017), yang termasuk di antara filem yang berpendapatan tertinggi sepanjang zaman di China. Dia membuat penampilan sulungnya di Hollywood dalam XXX: Return of Xander Cage (2017).
Pada 31 Julai 2021, Wu ditahan oleh polis Beijing atas tuduhan pemerkosaan.[4] Pada Ogos 2021, Prokuratorat Rakyat Daerah Chaoyang Beijing meluluskan penahanannya kerana disyaki merogol. Pada 25 November 2022, mahkamah Beijing menjatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun kepada Wu, diikuti dengan pengusiran dari China.