Krisis tebusan Manila
From Wikipedia, the free encyclopedia
Krisis tebusan Manila atau juga dikenali sebagai rampasan bas Manila 2010 dan insiden penawanan tebusan Rizal Park berlaku apaila seorang pegawai polia yang dipecat dari polis Manila merampas sebuah bas persiaran di depan pacuan Quirino di Rizal Park, Manila, Filipina pada 23 Ogos 2010. Rolando Mendoza (10 Januari 1955 - 23 Ogos 2010),[3] seorang bekas polis yang berpangkat inspektor senior yang tidak berpuas hati dengan pemecatannya dari Polis Daerah Manila, menjadikam 25 orang pelancong sebagai tebusan dalam usaha untuk mendapatkan pekerjaannya kembali.[4]
Krisis tebusan Manila | |
---|---|
Lokasi | Rizal Park, Manila, Filipina |
Koordinat | 14.58104°N 120.974922°E / 14.58104; 120.974922 |
Tarikh | 23 Ogos 2010 sekitar jam 10.00 - 21.00 (UTC+8) |
Sasaran | Pelancong Hong Kong di dalam bas pelancongan |
Jenis serangan | Krisis tebusan |
Senjata | Senapang XM16E1 dan pisau |
Kematian | 8 tebusan[1] & Rolando Mendoza[2] |
Tercedera | 7 tebusan & 2 pemerhati |
Pelaku | Rolando Mendoza[2] |
sunting · sunting di Wikidata |
Setelah tembakan kedengaran di dalam bas, polis melancarkan serangan untuk menyelamatkan para tebusan. Mendoza dan lapan pelancong yang merupakan warga Hong Kong maut dalam tembakan yang berlaku dalam peristiwa tersebut.