Laluan trem Blackpool
From Wikipedia, the free encyclopedia
Laluan trem Blackpool merupakan laluan trem yang dikendalikan dari Blackpool hingga Fleetwood iaitu di Flyde dekat Lancashire, England. Laluan tersebut dibina pada tahun 1885 dan ia merupakan salah satu daripada laluan trem elektrik tertua di dunia. Ia juga satu-satunya trem terawal yang masih beroperasi di United Kingdom.[1]
Fakta Segera Trem Blackpool, Umum ...
Trem Blackpool | |
---|---|
Umum | |
Jenis | Trem |
Lokasi | Blackpool |
Terminal | Starr Gate Fleetwood |
Stesen | 61[1] |
Operasi | |
Dibuka | 1885 |
Pemilik | Blackpool Borough Council |
Pengendali | Blackpool Transport |
Depot | Depot Rigby Road |
Teknikal | |
Panjang aliran | 11 bt (17.7 km) |
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) (tolok standard) |
Pengelektrikan | 550 V laluan overhed |
Tutup
Dimiliki oleh Majlis Borough Blackpool, ia dikendalikan oleh Perkhidmatan Pengangkutan Blackpool sebagai sebahagian daripada rangkaian Metro Coastlines. Dengan jarak laluan sepanjang 11 batu (17.7 km), seramai 6 juta penumpang telah menggunakan perkhidmatan trem ini setiap tahun.[2]