Lamprei
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lamprei (disebut [lam.préi], bahasa Inggeris: lampreycode: en is deprecated ) merupakan sejenis ikan tanpa rahang daripada superkelas Cyclostomata order Petromyzontiformes. Ia menonjol kerana bentuk mulut yang mencorong direka untuk menyerap nutrien dari dasar jasad air seperti sungai dan tasik.
Terdapat kira-kira 38 spesies lamprei yang masih ada dan lima spesies pupus yang diketahui;[1] 20 spesies yang masih wujud hidup dalam air tawar manakala selebihnya hidup di air masin.[2]