Latihan RIMPAC
From Wikipedia, the free encyclopedia
RIMPAC, atau Latihan Lingkaran Pasifik, merupakan satu latihan peperangan maritim antarabangsa terbesar. RIMPAC dilakukan dua tahun sekali antara bulan Jun sehingga Julai pada tahun-tahun genap di Honolulu, Hawaii. Ia dihoskan dan ditadbir Armada Pasifik yang berpangkalan di Pearl Harbor, dengan kerjasama Kor Marin, Pengawal Pantai, dan pasukan Pengawal Negara Hawaii yang berada di bawah kawalan Gabenor Hawaii. Tentera AS menjemput pasukan tentera daripada Lingkaran Pasifik dan para jemputan lain untuk menyertainya. Markas Pasifik A.S berhasrat untuk meningkatkan kerjasama antara pasukan-pasukan tentera di Pasifik, sebagai satu cara untuk mempromosi kestabilan di kawasan ini serta membawa kebaikan kepada semua negara peserta. Tentera Laut A.S percaya peluang latihan unik ini membantu negara-negara untuk meningkatkan dan mengekalkan hubungan kerjasama yang merupakan kunci kepada keselamatan laluan laut di perairan antarabangsa.[1]
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Latihan RIMPAC (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Latihan RIMPAC | |
---|---|
Ibu pejabat | Pearl Harbor, Hawaii, A.S |
Jenis | Latihan ketenteraan |
Anggota | 22 anggota (RIMPAC 2014)
6 pemerhati (RIMPAC 2014)
2 Aktif Lepas (Tidak menyertai pada 2014)
2 Pemerhati Lepas (Tidak memerhati pada 2014)
|
Pendirian | 1971 |