Liberalisme dan keprogresifan dalam Islam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Umat Islam yang progresif telah menghasilkan banyak aliran pemikiran yang liberal mengenai Islam. Aliran pemikiran ini adalah hasil cetusan perkembangan globalisasi semasa, berhadapan dengan dakyah dan tohmahan pihak Barat terhadap Islam. Sebelum ini Islam Fundamental diterima umum sebagai Islam yang sesuai dengan situasi dunia hari ini. Ia agak bertentangan dengan Islam Tradisional. Semua aliran ini adalah hasil analisis pemikir semata-mata untuk melabel hala tuju kecenderungan gerakan selain perkembangan Islam semasa yang dilabel pengganas, rasis, dan anti-semitik.
Fenomena pemikiran Islam yang liberal sebenarnya tidak begitu jelas sebagai satu aliran pemikiran yang sekata. Muslim yang memanggil diri mereka sebagai progresif boleh dikatakan mengamalkan Islam yang liberal kerana mereka telah mencetuskan beberapa pemikiran liberal dalam Islam. Akan tetapi sesetengah ahli akademik berpendapat Islam progresif dan Islam liberal adalah dua aliran yang berbeza.[1] Aliran-aliran ini berkongsi satu falsafah yang bergantung kepada ijtihad.[2] Muslim yang berfikiran liberal tidak semestinya berpegang kepada interpretasi ulama traditisional tentang Quran dan Hadith. Mereka ini secara umumnya mendakwa mahu kembali kepada prinsip asal Ummah terdahulu dan kepada maksud asal etika dan pendekatan majmuk (pluralistik) kitab suci.