Liechtenstein
From Wikipedia, the free encyclopedia
Liechtenstein (disebut [/ˈliːçtənʃtaɪn/ (bantuan·info)]) atau nama rasminya Kerajaan Liechtenstein (Jerman: Fürstentum Liechtensteincode: de is deprecated , ˈfʏʁstəntuːm ˈliːçtənʃtaɪn (bantuan·info), bahasa Inggeris: Principality of Liechtensteincode: en is deprecated ) ialah sebuah negara mikro terletak di Eropah Barat. Ia bersempadan dengan Switzerland di barat dan selatan serta Austria di timur. Luas negara ini hanya sedikit melebihi 160 km² (kira-kira 61.7 batu persegi) manakala jumlah penduduknya dianggarkan seramai 35,000. Ibu negaranya ialah Vaduz, manakala bandar terbesarnya pula ialah Schaan.
Rencana ini perlu dikemas kini. (Ogos 2022) |
Kerajaan Liechtenstein كراجان ليختنشتاينcode: ms is deprecated Fürstentum Liechtenstein | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Für Gott, Fürst und Vaterland Untuk Tuhan, Putera dan Tanah Air | |||||
Lagu kebangsaan: Oben am jungen Rhein "Di Sungai Rhine yang Muda" | |||||
Ibu negara | Vaduz | ||||
Bandar terbesar | Schaan | ||||
Bahasa rasmi | bahasa Jerman | ||||
Demonim | Liechtensteiner (lelaki), Liechtensteinerin (perempuan) | ||||
Kerajaan | Demokrasi berparlimen di bawah Raja Berperlembagaan | ||||
• Putera | Hans-Adam II | ||||
• Putera Mahkota | Alois | ||||
• Perdana Menteri | Daniel Risch | ||||
• Speaker Parlimen | Arbert Frick | ||||
Badan perundangan | Landtag Liechtenstein | ||||
Kemerdekaan sebagai kerajaan | |||||
1806 | |||||
• Kemerdekaan daripada Konfederasi Jerman | 1866 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 160 km2 (62 bt2) (ke-210) | ||||
boleh diabaikan | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2008 | 38,557[1] (ke-204) | ||||
• Bancian Penduduk 2000 | 33,307 | ||||
221/km2 (572.4/sq mi) (ke-52) | |||||
KDNK (PPP) | 2007 | ||||
• Jumlah | AS$4.16 bilion[2] | ||||
AS$118,000[2] (No. 1) | |||||
KDNK (nominal) | 2007 | ||||
• Jumlah | AS$4.576 bilion[2][3] | ||||
AS$129,101[2][3] (No. 1) | |||||
Mata wang | Franc Swiss ( CHF ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
UTC+2 (CEST) | |||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +423 | ||||
DPT internet | .li |
Liechtenstein merupakan negara berbahasa Jerman terkecil di dunia dan satu-satunya negara Alp yang keseluruhannya terletak di Banjaran Alp. Ia juga merupakan negara berbahasa Jerman yang tidak berkongsi sempadan dengan Jerman. Liechtenstein ialah sebuah negara Raja Berperlembagaan yang dibahagkan kepada 11 perbandaran. Kebanyakan kawasan permukaan bumi Liechtenstein bergunung-ganang, menjadikannya destinasi sukan musim sejuk. Sektor kewangan negara yang kukuh terletak di ibu negara Vaduz, dan dikenali dengan nama syurga cukai. Liechtenstein ialah ahli Perjanjian Perdagangan Bebas Eropah. Walau bagaimanapun, Liechtenstein bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah.