Linus Torvalds
From Wikipedia, the free encyclopedia
Linus Benedict Torvalds (dilahirkan pada 28 Disember 1969 di Helsinki, Finland) ialah seorang jurutera perisian yang terkenal kerana menerajui pembangunan inti Linux. Sekarang ini beliau berperanan sebagai pengelola projek dan diberi gelaran Benevolent Dictator for Life (bermaksud Diktator Baik Hati Sepanjang Hayat).
Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Linus Torvalds | |
---|---|
Kelahiran | Linus Benedict Torvalds (1969-12-28) 28 Disember 1969 (umur 54) |
Warganegara | Finland, Amerika Syarikat (dirasmikan 2010)[1] |
Pusat pendidikan | Universiti Helsinki |
Pekerjaan | Jurutera perisian |
Majikan | Yayasan Linux |
Terkenal kerana | Kernal Linux, Git |
Pasangan | Tove Torvalds (née Monni) |
Anak-anak | 3 |
Ibu bapa | Nils Torvalds (bapa) Anna Torvalds (ibu)[2] |
Saudara | Ole Torvalds (datuk) |
Laman web rasmi | torvalds-family |
Tutup
Linus mendapat ilham dari Minix (sebuah sistem pengendalian yang dibangunkan oleh Andrew S. Tanenbaum) untuk membangunkan sebuah sistem pengendalian ala Unix yang berupaya dan boleh dijalankan pada sebuah komputer peribadi. Pada hari ini Linux boleh dijalankan pada pelbagai seni bina.