Lion Rock
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lion Rock ("Batu Singa") ialah sejenis gunung batu granit terletak antara Kowloon Tong di daerah Kowloon dan Tai Wai di daerah New Territories. Ia berketinggian 495 meter.[1] Batu gunung ini diukur berusia kira-kira 140 tahun.[2] Ia mendapat namanya kerana rupa muka gunung yang menyerupai seekor singa yang duduk.[1] Ia turut mempunyai suatu taman rekreasi besar sekeliling ia iaitu Taman Desa Batu Singa (Cina Tradisional: 獅子山郊野公園code: zh is deprecated , bahasa Inggeris: Lion Rock Country Parkcode: en is deprecated ) yang mengandungi hutan simpan.
Lion Rock | |
---|---|
獅子山 | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 495 m (1,624 ka) |
Koordinat | 22°21′11″N 114°11′13″E |
Penamaan | |
Nama asli | 獅子山 |
Geografi | |
Lokasi | Hong Kong |
Kawasan sekitar kaki gunung ini pernah diduduki orang Tanah Besar China yang melarikan diri dan berlindung semasa meletusnya Perang Saudara China; gunung ini lama-kelamaan menjadi lambang semangat waja penduduk rantau Hong Kong secara keseluruhannya.