Lumut
From Wikipedia, the free encyclopedia
Untuk kegunaan lain, sila lihat Lumut (nyahkekaburan).
Lumut ialah tumbuhan kecil dan lembut, biasanya 1–10 cm (0.4–4 in) panjang, walaupun beberapa spesies lebih besar. Lumut biasanya tumbuh dekat bersama dalam rumpun atau hamparan di tempat lembap atau teduh. Lumut tidak mempunyai bunga atau biji benih, dan daun ringkasnya meliputi batang kasar dan teguh. Pada masa tertentu lumut menghasilkan kapsul spora.
Fakta Segera Lumut Julat zaman: Carboniferous – sekarang, Pengelasan saintifik ...
Lumut Julat zaman: Carboniferous[1] – sekarang | |
---|---|
"Muscinae" daripada Ernst Haeckel's Kunstformen der Natur, 1904 | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | Bryophyta Schimp. |
Kelas [2] | |
|
Tutup
Terdapat kira-kira 12,000 spesies lumut diklasifikasikan dalam Bryophyta.[2] Divisi Bryophyta dahulunya termasuk bukan sahaja lumut, tetapi juga lumut hati dan lumut tanduk (hornwort). Dua kumpulan lain briofit ini sekarang diletakkan dalam divisinya sendiri.