Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Iskandar Puteri, Johor. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis. MBIP merupakan pihak berkuasa tempatan kedua di negeri Johor yang bertaraf Bandar raya.