Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jangan dikelirukan dengan Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, yang terletak di Kemaman.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini digelar Masjid Besi[1], ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H[2]. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, menjadi mercu tanda baru Putrajaya.
Fakta Segera مسجد توانكو ميزان زين العابدينMasjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Maklumat am ...
مسجد توانكو ميزان زين العابدين Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin | |
---|---|
Maklumat am | |
Dibuka pada | Ogos 2009 |
Status | (Melayu) |
Tempoh pembinaan | ±5 tahun 4 bulan |
Maklumat geografi | |
Lokasi | Presint 3, Putrajaya, Malaysia |
Koordinat | 2°55′11″N 101°40′51″E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. tingkat | 5 |
Bil. menara | 0 |
Kapasiti jemaah | 20,000 |
Keluasan | 73,795 meter persegi |
Arkitek | Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. |
Kontraktor | Ahmad Zaki Resources Bhd. |
Pemaju | Perbadanan Putrajaya |
Bahan binaan | Keluli, konkrit bertetulang kaca |
Kos | RM 200 juta (~ AS$ 55 juta) |
sunting |
Tutup