Masjid jamik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Masjid jamik atau masjid jamek (Arab: مَسْجِد جَامِعcode: ar is deprecated , masjid jāmi‘, or simply: جَامِعcode: ar is deprecated , jāmi‘; Turki: Camicode: tr is deprecated ), atau kadang kala disebut masjid besar (Arab: جامع كبيرcode: ar is deprecated , jāmi‘ kabir; Turki: Ulu Camicode: tr is deprecated ), secara umumnya ialah masjid yang mengendalikan sembahyang tengah hari pada hari Jumaat yang dipanggil solat Jumaat.[1] Ia juga boleh mengendalikan solat hari raya dalam keadaan jika tiada dewan solat lain yang boleh mengendalikan solat tersebut. Pada sejarah awal Islam, bilangan masjid dalam satu-satu bandar sangat dihadkan. Seiring dengan perkembangan bandar dan penduduk, sudah menjadi kebiasaan terdapat banyak masjid mengendalikan solat di kawasan yang sama.[2][3]