Mauricio Macri
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mauricio Macri [mau-ri-si-o ma-kri] (lahir 8 Februari 1959) mrrupakan seorang jurutera, pengerusi perniagaan, pengurus kelab bola sepak serta ahli politik dari Argentina yang berkhidmat sebagai Presiden negara tersebut dari 2015 hingga 2019.
Mauricio Macri | |
---|---|
Presiden Argentina | |
Dalam jawatan 10 Disember 2015 – 10 Disember 2019 | |
Naib Presiden | Gabriela Michetti |
Didahului oleh | Cristina Fernández de Kirchner |
Digantikan oleh | Alberto Fernández |
Presiden pro tempore Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan | |
Dalam jawatan 17 April 2017 – 17 April 2018 | |
Didahului oleh | Nicolás Maduro |
Digantikan oleh | Evo Morales |
Ketua Pemerintah Buenos Aires ke-5 | |
Dalam jawatan 10 Disember 2007 – 10 Disember 2015 | |
Timbalan | Gabriela Michetti María Eugenia Vidal |
Didahului oleh | Jorge Telerman |
Digantikan oleh | Horacio Rodríguez Larreta |
Wakil Buenos Aires dalam Dewan Perwakilan Argentina | |
Dalam jawatan 10 Disember 2005 – 18 Julai 2007 | |
Pengerusi Boca Juniors ke-30 | |
Dalam jawatan 27 Februari 2008 – 1 Jun 2008 | |
Didahului oleh | Pedro Pompilio |
Digantikan oleh | Jorge Amor Ameal |
Dalam jawatan 3 Disember 1995 – 4 Didember 2007 | |
Didahului oleh | Antonio Alegre |
Digantikan oleh | Pedro Pompilio |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1959-02-08) 8 Februari 1959 (umur 65) Tandil, Buenos Aires, Argentina |
Parti politik | Propuesta Republicana (2009–present) |
Sekutu gabungan politik lain | Compromiso para el Cambio (2003–2009) Cambiemos (2015–kini) |
Pasangan | Yvonne Bordeu (1981–1991) Isabel Menditeguy (1994–2005) Juliana Awada (2010–kini) |
Anak-anak | 4 |
Ibu bapa | Francisco Macri Alicia Blanco Villegas |
Kediaman | Quinta de Olivos |
Pendidikan | Pontifical Catholic University of Argentina Universiti Columbia |
Profesion | Jurutera awam |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | Official website |
Beliau sebelum ini pernah menduduki jawatan tertentu dalam syarikat-syarikat tertentu seperti Citibank dan Sevel. Beliau juga merupakan pengerusi pasukan bola sepak Boca Juniors sebanyak dua kali, iaitu dari tahun 1995 sehingga 2007 serta dalam tahun 2008.[1][2] Beliau merupakan ketua pemerintah Buenos Aires dari tahun 2007 hingga 2015, malah turut mewakili kota tersebut dalam Dewan Perwakilan Kongres Negara Argentina ketika tempoh ini. Beliau (mewakili Propuesta Republicana) seri bersama beberapa calon lain dalam pusingan pertama pilihan raya Argentina pada 25 Oktober lalu mara ke pusingan kedua pada 22 November 2015 di mana beliau mengalahkan Daniel Scioli dari parti Frente para la Victoria dengan undian sebanyak 51.34 peratus.[3] and was inaugurated on 10 December 2015 in the Argentine Congress.[4]
Beliau disenaraikan majalah Time dalam kalangan 100 tokoh berpengaruh dunia tahun 2016 serta presiden paling berkuasa dalam Amerika Selatan oleh majalah tersebur.[5][6]