Menara Eiffel
From Wikipedia, the free encyclopedia
Menara Eiffel (Perancis: Tour Eiffelcode: fr is deprecated [tuʁ ɛfɛl] ( dengar)) ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis.[5] Ia dinamakan sempena perancangnya, Gustave Eiffel, yang mengetuai syarikat membinanya dari 1887 hingga 1889.
Menara Eiffel | |
---|---|
Tour Eiffelcode: fr is deprecated (Perancis) | |
Ketinggian yang direkodkan | |
Tertinggi di dunia dari 1889 hingga 1930[I] | |
Maklumat umum | |
Jenis | Menara pemerhatian Menara penyiaran |
Lokasi | 7th arrondissement, Paris, France |
Koordinat | 48°51′29.6″N 2°17′40.2″E |
Pembinaan bermula | 28 January 1887; 137 tahun yang lalu (28 January 1887) |
Disiapkan pada | 31 March 1889; 135 tahun yang lalu (31 March 1889)[1] |
Pembukaan | 15 May 1889; 134 tahun yang lalu (15 May 1889)[1] |
Pemilik | Bandar Raya Paris, France |
Pengurusan | Société d'Exploitation de la Tour Eiffelcode: fr is deprecated (SETE) |
Maklumat ketinggian | |
Seni bina | 300 m (984 ka)[2] |
Puncak | 330 m (1,083 ka) |
Tingkat teratas | 276 m (906 ka)[2] |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | 4 (3 Boleh Diakses + 1 Baki)[3] |
Lif/mesin pengangkat | 8[4] |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Stephen Sauvestre |
Jurutera penstrukturan | Maurice Koechlin Émile Nouguier |
Kontraktor utama | Compagnie des Etablissements Eiffel |
Laman sesawang | |
toureiffel | |
Rujukan | |
I. ↑ "Eiffel Tower". Emporis. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2016. Menara Eiffel | |
Nama asli | Tour Eiffel |
Sebahagian dari | Paris, Tebing Seine |
Inskripsi | 1991 (sesi ke-15) |
sunting · sunting di Wikidata | |
Menara ini bertapak segi empat sama berukuran 125 meter (410 kaki) pada setiap sisi; ia memiliki ketinggian 330 meter[6] dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m ditambah tahun 1957. Ia merupakan struktur pertama di dunia untuk melepasi kedua-dua tanda ketinggian 200 meter dan 300 meter bahkan juga mengatasi Monumen Washington sebagai binaan buatan manusia tertinggi di dunia sezamannya selama 41 tahun sehingga Bangunan Chrysler di Bandar Raya New York siap pada tahun 1930.
Ia merupakan monumen yang paling kerap dilawati dengan kenaan yuran kemasukan di dunia:[7] seramai 6,428,441 orang paling ramai melawatnya pada 2005,[8] ia menerima 5,889,000 pelawat pada 2022.[9] Ia diberi pengiktirafan sebagai monumen bersejarah pada tahun 1964, dan diterapkan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO merangkumi tebing keliling Sungai Seine pada tahun 1991.[10]