From Wikipedia, the free encyclopedia
Mesoamerika (Sepanyol: Mesoamérica ) merupakan kawasan antara tengah Mexico melalui Amerika Tengah yang menghasilkan tamadun yang berkait sebelum Christopher Columbus sampai. Mesoamerika merupakan istilah umum merujuk kepada kumpulan kebudayaan pra-Columbia sebelum penjajahan Sepanyol ke atas Amerika pada abad ke-15 dan 16.[1]
Ciri-ciri Mesoamerika termasuk pertanian giat berasaskan jagung; penyembahan set dewa-dewa termasuk dewa hujan, dewa matahari, dewa ular bebulu pelepah (Quetzalcoatl); sistem nombor Vigesimal; penggunaan takwim upacara 260 tambahan kepada takwim solar; pembinaan kuil di puncak piramid bertingkat; permainan bola Mesoamerika; dan pelbagai kebiasaan kesenian dan kebudayaan.
Kebudayaan Mesoamerika termasuk Olmec, kebudayaan Maya, Mixtec, Zapotec, Huastec, Tarascan, Teotihuacan, Totonac, Toltec, dan Aztek.
Dalam tulisan dari 1920an dan 1930an istilah alternative Amerika tengah telah digunakan sebagai merujuk kepada Mesoamerika, tetapi telah ditinggalkan.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mesoamerika |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.