Miranda Kerr
Peragawati Australia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Miranda May Kerr (lahir 20 April 1983)[2] merupakan seorang peragawati Australia. Kerr menjadi terkenal pada tahun 2007 sebagai salah satu daripada Victoria's Secret Angels. Kerr adalah model Victoria Secret Australia yang pertama dan juga mewakili rantaian kedai serbaneka Australia, David Jones. Kerr telah melancarkan produk penjagaan kulit organiknya sendiri, KORA Organics, dan telah menulis buku bantuan diri..[3]
Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Miranda Kerr | |
---|---|
Kelahiran | Miranda May Kerr (1983-04-20) 20 April 1983 (umur 40) |
Pekerjaan | Peragawati |
Tahun aktif | 1997–kini |
Pasangan | Orlando Bloom (k. 2010–2013)[1] Evan Spiegel (k. 2017) |
Anak-anak | 1 |
Maklumat pemodelan | |
Ketinggian | 175 cm (5 ka 9 in) |
Warna rambut | Coklat |
Warna mata | Biru |
Agensi | IMG Models Traffic Models Chic Management |
Laman web rasmi | www |
Tutup
Kerr memulakan pemodelan dalam industri fesyen apabila beliau berusia 13 tahun, memenangi pertandingan mencari model majalah Dolly 1997. Sejak 2008, Kerr telah secara konsisten menduduki senarai model pendapatan tertinggi oleh Forbes.