Mudejar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mudéjar (/muːˈdeɪhɑːr/,[1] also A.S.: /-ˈðɛh-, -ˈðɛx-/,[2][3] Sebutan Sepanyol: [muˈðexaɾ], Portuguese: [muˈðɛʒaɾ]; Catalan: mudèjarcode: ca is deprecated [muˈðɛʒəɾ]; Arab: مدجن, rumi: mudajjan, lit. 'tamed; domesticated'code: ar is deprecated )[4] ialah gelaran yang diberikan kepada orang Moor atau Muslim Andalusia yang kekal tinggal di daerah Kristian selepas Reconquista tetapi tidak memeluk agama Kristian. Ia juga merujuk kepada gaya seni bina dan hiasan Iberia yang vernakular daripada tempoh antara abad ke-12 hingga abad ke-16, khususnya gaya Aragon dan Castile, yang dipengaruhi kuat oleh cita rasa dan kemahiran kerja Moor.
Perkataan Mudéjar merupakan pencemaran bahasa Sepanyol Zaman Pertengahan untuk perkataan Arab, مدجن (Mudajjan), yang bermakna "mereka yang menerima penyerahan", dengan implikasi berganda, iaitu penyerahan kepada Allah dan kepada pemerintahan duniawi raja-raja Kristian.
Selepas kejatuhan Granada pada Januari 1492, orang-orang Mudéjar mengekalkan kedudukan mereka sehingga pertengahan abad ke-16, apabila mereka dipaksa untuk memeluk agama Kristian dan sejak dari masa itu, mereka digelar Morisco. Melalui sebuah dekri pada tahun 1610, orang-orang Morisco diusir dari Sepanyol ke Afrika Utara selepas diseksa oleh Pasitan Sepanyol. Gaya mereka yang tersendiri masih dapat dikesan daripada gaya seni bina, malahan muzik, kesenian, dan ketukangan kawasan itu.