Nanyang Siang Pau
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nanyang Siang Pau (Bahasa Cina: 南洋商報; pinyin: Nányáng Shāngbào "Harian Niaga Nanyang") ialah sebuah surat khabar berbahasa Cina di Malaysia.
Sejarah
Ia diasaskan oleh usahawan/dermawan Cina terkenal, Tan Kah Kee bersama George Lee Geok Eng[1] pada 6 September 1923 di Singapura.
Pada Ogos 1932, akhbar Nanyang diasingkan dari syarikat Tan. Nama syarikat akhbarnya ditukar ke Nanyang Press pada tahun 1975.
Edisi Singapura akhbar ini bergabung dengan Sin Chew Jit Poh pada 16 Mac 1983 untuk membentuk akhbar Lianhe Zaobao, lalu edisi Malaysia sahaja yang kekal dengan akhbar bernama ini.
Pada tahun 1993, Nanyang Press mengambil alih pengurusan sebuah lagi akhbar harian Cina, iaitu China Press.
Pada 28 Mei 2001, timbulknya kontroversi besar apabila Huaren Holdings, iaitu bahagian pelaburan parti politik MCA, membeli Nanyang Press, sehingga menyebabkan orang ramai memulaukan akhbar tersebut secara beramai-ramai.
Remove ads
Pengkatalogan
Akhbar Nanyang Siang Pau ini turut disenaraikan dalam Katalog Suratkhabar dan majalah bahasa Cina, Arkib Negara Malaysia 1991 dengan nombor ISBN 967-912-028-7.
Untuk tujuan rujukan dan penyelidikan, terdapat salinan akhbar tersebut di Arkib Negara Malaysia bertarikh berikut:
- Jun-Disember 1948
- Januari-Disember 1949-1960
- Januari-Mac 1961
- Januari-Disember 1962-1965
- Januari-Mac 1984
- Januari-Oktober 1985
- Januari-Disember 1986
- Januari-Disember 1987
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads