Operasi Downfall (harfiah, "Operasi Kejatuhan") ialah nama kod rancangan serangan terhadap Empayar Jepun oleh angkatan tentera Pihak Bersekutu pada penghujung Perang Dunia Kedua. operasi yang dirancang ditinggalkan selepes Jepun menyerah kalah berikutan pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki. Operasi terdiri daripada dua bahagian: Operasi Olympic dan Operasi Coronet.

Fakta Segera Objektif, Hasil ...
Operasi Downfall
Thumb

Peta merangkakan angkatan darat Jepun dan AS (tidak termasuk angkatan Bersekutu lain) yang dijadual akan terlibat dalam pertempuran Kepulauan Jepun. Dua pendaratan dirancang:

  1. Olympic, di pulau selatan, Kyūshū
  2. Coronet, di pulau utama, Honshū
Objektif Serangan terhadap Jepun
Hasil Dibatalkan selepas Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945
Tutup

Dijadualkan pada bulan Oktober 1945, Operasi Olympic bertujuan untuk menawan sepertiga wilayah selatan pulau selatan Kyūshū, dengan mengguna Pulau Okinawa, yang baharu ditawan sebagai kawasan berkumpul. Kemudian, dalam musim bunga 1946, Operasi Coronet akan dilaksanakan buat menawan Dataran Kantō, berdekatan Tokyo, di pulau Honshū. Pangkalan-pangkalan udara di Kyushu yang ditawan dalam Operasi Olympic akan membolehkan penggunaan sokongan pesawat dari darat untuk membantu dalam Operasi Coronet. Sekiranya Downfall terjadi, ia akan tercatat sebagai operasi amfibi terbesar dalam sejarah.[1]

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.