Pelarangan arak di Amerika Syarikat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Suatu perintah yang melarang penjualan, pembuatan, pengimportan, dan pengangkutan arak di Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: Prohibitioncode: en is deprecated "Pelarangan", juga diberi jolokan The Noble Experiment - "eksperimen mulia") dilaksanakan secara meluas oleh pemerintah persekutuan negara tersebut dari tahun 1920 hingga 1933. Tindakan ini merupakan hasil daripada penekanan dan penggiatan kuat oleh terhadap suatu gerakan kesederhanaan yang diketuai penganut Protestan desa dalam kedua-dua parti Demokrat dan Republikan disegerakkan oleh Liga Antibar (Anti-Saloon League). Senat Amerika Syarikat merumuskan Pemindaan Ke-18 pada 18 Disember 1917. Pemindaan ini diratifikasi pada 16 Januari 1919 setelah mendapat persetujuan 36 negeri persekutuan dan diberlakukan pada 16 Januari 1920; namun sejumlah badan legislatif negeri-negeri dalam kesatuan telah memberlakukan pelarangan ini secara peringkat setempat sebelum ratifikasi ini berlaku.
Meskipun undang-undang tersebut melarang penjualan alkohol, pemerintah persekutuan kurang bertindak dalam penegakan undang-undang ini. Pada 1925, terdapat 30,000 hingga 100,000 buah kelab speakeasy yang dicatatkan di Bandar Raya New York saja.[1] Pelarangan ini malah mengacaukan masyarakat dengan cara lain, mendorong perkembangan kegiatan jenayah bawah tanah yang bermaharajalela dengan meluasnya.[2] Perintah ini semakin dibenci selama berlanjutan Zaman Kemelesetan oleh penduduk di kota-kota besar, malah ia mengurangkan sumber pendapatan cukai untuk pemerintah sebagai mahsul atau sokongan kewangan negara.
Pada 22 Mac 1933, Presiden Franklin Roosevelt mengesahkan suatu pemindaan terhadap Undang-Undang Volstead bernama Undang-Undang Cullen-Harrison yang mengizinkan pembuatan dan penjualan beberapa jenis minuman beralkohol. Pelarangan secara total dihentikan oleh Pindaan Ke-21 kepada Perlembagaan Amerika Syarikat, yang membalikkan pindaan pemboleh, Pindaan Ke-18, pada 5 Disember 1933. Walau bagaimanapun, undang-undang pemindah baharu oleh pemerintah persekutuan masih melarang pembuatan arak sulingan tanpa memenuhi beberapa syarat lisensi lalu penghasilan arak untuk penggunaan persendirian tidak begitu menyenangkan lagi.[3]