Penembakan Tucson 2011
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada 8 Januari 2011, satu kejadian penembakan berlaku di Tucson yang menyaksikan 19[3] atau 20 orang ditembak[2] di mana enam daripada mereka mati, sewaktu perjumpaan Wakil Kongres Gabrielle Giffords dengan para konstituen di tempat letak kereta pasar raya Safeway di Casas Adobes.[4][5] Mereka yang terbunuh dalam kejadian ini termasuklah ketua hakim Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Arizona, John Roll, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, seorang pembantu ahli Kongres, dan tiga warga emas berusia 70-an.[1][4][5][6] Gifford, seorang ahli Demokrat yang mewakili daerah Kongres ke-8 Arizona dan dikatakan menjadi sasaran utama serangan itu,[4] ditembak pada kepalanya dalam jarak dekat[7] dan sekali berada dalam keadaan krtikal.[4][5][8][9]
Penembakan Tucson 2011 | |
---|---|
Lokasi | Casas Adobes, Arizona (sebahagian kawasan metro Tucson) |
Koordinat | 32°20′9.5″N 110°58′30.5″W |
Tarikh | Sabtu, 8 Januari 2011 Sebaik selepas 10 am MST (UTC-7) |
Sasaran | Wakil AS Gabrielle Giffords |
Jenis serangan | Penembakan |
Senjata | Pistol Glock model 19 9mm |
Kematian | 6[1] |
Tercedera | 14[2] |
sunting · sunting di Wikidata |
Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Tucson, Jared Lee Loughner, diberkas di tempat kejadian.[10] Pendakwa raya persekutuan telah memfailkan lima tuduhan terhadapnya, termasuklah cubaan membunuh ahli Kongres.[6][11][12] Antara bahan-bahan yang difailkan dalam mahkamah termasuklah catatan yang didakwa ditulis oleh Loughner sendiri tentang rancangannya untuk membunuh Giffords.[11]