Peristiwa XYZ
From Wikipedia, the free encyclopedia
Peristiwa XYZ (bahasa Inggeris: XYZ Affaircode: en is deprecated , Perancis: Affaire XYZcode: fr is deprecated ) ialah suatu insiden kekacauan diplomatik yang berlaku pada zaman kepresidenan John Adams dari 1797 hingga 1798 di mana Amerika Syarikat dan Republik Perancis bertegang berikutan peperangan meletus berikutan revolusi yang menggulingkan pemerintahan beraja Perancis sebelumnya; pihak-pihak Perancis dan Great Britain campur tangan menahan sebarang kapal milik negara berkecuali yang didapati berurusan jual beli dengan pihak musuh masing-masing;[1] ia turut menimpa Amerika Syarikat yang berpendirian berkecuali sepertimana ditegaskan surat George Washington[1][1] Tindakan Perancis, lagi-lagi dengan rundingan balas yang tidak berjaya antara kedua-dua negara kemudiannya mencetuskan suatu peperangan tidak rasmi yang dilangsungkan sesama kedua-dua pihak ini di kawasan Caribbean dan Lautan Atlantik.
Kejadian ini diberi nama sempena nama-nama wakil diplomat Perancis yang terlibat dalam urusan ini menurut dokumen keluaran semasa itu: "X" ialah nama rahsia Jean-Conrad Hottinguer, "Y" nama rahsia Pierre Bellamy manakala "Z" nama rahsia Lucien Hauteval.