Perjanjian Waitangi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perjanjian Waitangi (bahasa Maori: Tiriti o Waitangi) adalah perjanjian yang pertama kalinya ditandatangani pada 6 Februari 1840 oleh wakil-wakil Mahkota British dan pelbagai ketua-ketua Maori dari Pulau Utara New Zealand. Tindakan tersebut membawa kepada pengisytiharan kedaulatan Britain ke atas New Zealand oleh Leftenan Gabenor William Hobson pada Mei 1840.
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Treaty of Waitangi (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Perjanjian Waitangi Treaty of Waitangi Te Tiriti o Waitangi | |
---|---|
Treaty to establish a British Governor of New Zealand, consider Māori ownership of their lands and other properties, and gave Māori the rights of British subjects. | |
Dirangka | 4—5 Februari 1840 oleh William Hobson dengan bantuan setiausahanya James Freeman dan Residen British James Busby |
Ditandatangani | 6 Februari 1840 di Waitangi, Bay of Islands, New Zealand serta lokasi-lokasi lain. Kini disimpan di Arkib Negara New Zealand, Wellington. |
Penandatangan | Wakil-wakil diraja British Crown, ketua-ketua puak-puak orang Māori daripada bahagian utara Pulau Utara, serta 500 orang penandatangan yang lain. |
Bahasa | Inggeris, Māori |
Laman sesawang | Treaty of Waitangi |
Treaty of Waitangi di Wikisumber | |
sunting |
Perjanjian ini menetapkan Gabenor British bagi New Zealand, mengiktiraf pemilikan tanah dan harta lain kaum Māori serta memberi kaum Māori hak warganegara British. Versi bahasa Inggeris dan bahasa Maori mengenai Perjanjian tersebut mempunyai perbezaan yang ketara, dengan itu tidak terdapat persetujuan dengan tepat apa mengenai apa yang telah dipersetujui. Dari sudut pandangan British, Perjanjian ini menyerahkan Britain kuasa kedaulatan ke atas New Zealand, dan memberikan Gabenor hak untuk memerintah negara ini. Maori percaya bahawa mereka menyerahkan kepada Mahkota hak urus tadbir sebagai balasan untuk perlindungan, tanpa memberi menyerahkan hak mereka untuk mengurus hal ehwal mereka sendiri.[1] Selepas tandatangan awal di Waitangi, salinan-salinan Perjanjian ini telah dibawa sekitar New Zealand dan ramai ketua-ketua puak yang lain turut menandatanganinya pada beberapa bulan berikut. Secara keseluruhannya, terdapat sembilan salinan Perjanjian Waitangi termasuk yang asal yang ditandatangani pada 6 Februari 1840.[2] Kira-kira 500 ketua kampung, termasuk sekurang-kurangnya 13 orang perempuan, menandatangani Perjanjian Waitangi.[3]
Sehingga tahun 1970-an, perjanjian ini secara amnya tidak dipedulikan kedua-dua bahagian kehakiman dan Parlimen New Zealand, namun ia mendapat tanggapan dalam sejarah am New Zealand sebagai suatu tindakan yang ikhlas dari pihak kerajaan British.[4] Selewat tahun 1860-an, masyarakat Māori telah merujuk kepada Perjanjian ini untuk mendapatkan hak dan pampasan mereka berkaitan kehilangan milik tanah mereka serta pelayanan tidak setara daripada kerajaan, dengan sedikit sahaja usaha yang berjaya. Daripada lewat 1960-an, orang Māori mula menumpukan perhatian kepada kes-kes pelanggaran Perjanjian ini, dengan perbincangan yang berlanjutan turut menekankan masalah berkaitan terjemahan perjanjian ini.[5] Pada 1975, Tribunal Waitangi diasaskan sebagai sebuah suruhanjaya tetap penyiasatan yang ditugaskan menyelidiki sebarang pelanggaran kepada perjanjian ini yang dilakukan Kerajaan New Zealand mahupun ejen-ejennya serta mencadangkan cara tebus rugi yang bersesuaian.
Perjanjian ini kini dianggap sebagai dokumen pengasasan negara New Zealand. Meskipun begitu, kandungan Perjanjian ini seringkali menjadi suatu perkara yang hangat dihujahkan. Kebanyakan daripada orang Māori merasakan pihak Kerajaan tidak memenuhi kewajibannya dalam perjanjian ini, dan mereka telah mengemukakan bukti-bukti perkara sebegini di hadapan perbicaraan Tribunal. Terdapat segelintir warga New Zealand bukan Māori yang menyatakan bahawa orang Māori barangkali menyalahgunakan Perjanjian ini untuk meraih "keistimewaan tertentu".[6][7] Dalam kebanyakan kes, pihak Kerajaan tidak wajib bertindak atas cadangan Tribunal ini. Walau bagaimanapun, pihak tersebut turut mengakui bahawa ia telah melanggar Perjanjian itu serta prinsip-prinsipnya dalam banyak kes. Penyelesaian yang dituntut daripada Perjanjian ini dikira sebanyak berjuta-juta dolar dalam bentuk wang dan aset serta juga permohonan minta maaf bagi pihak Kerajaan.
Tarikh penandatanganan perjanjian ini telah disambut sebagai satu cuti kebangsaan melalui pemaktuban Akta Hari New Zealand 1973 (New Zealand Day Act 1973) sebagai Hari Waitangi yang bermula sejak tahun 1974.