Perseikatan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perseikatan, persatuan atau gilda (bahasa Inggeris: guildcode: en is deprecated ) adalah suatu kelompok menghubungkan para tukang atau saudagar untuk memantau kegiatan amalan atau perniagaan mereka di kawasan tertentu. Perseikatan awalnya dibentuk sebagai pertubuhan bagi para pedagang dibawah suatu persatuan profesional. Keberadaannya acap kali bergantung pada pemberian surat paten daripada seorang penguasa atau pemerintah lain untuk menguatkuasakan serta mengendalikan kegiatan perdagangan demi kepentingan anggotanya, serta mempertahankan kepemilikan alat dan bekalan bahan, tetapi kebanyakannya dikawal oleh kerajaan bandar. Warisan kekal bagi perseikatan tradisional ialah balai perseikatan yang dibina dan digunakan sebagai tempat pertemuan. Ahli perseikatan yang didapati bersalah menipu orang ramai akan didenda atau diharamkan daripada persatuan tersebut.
Salah satu kemajuan penting yang dihasilkan oleh kegiatan perseikatan adalah pendirian universiti di Bologna (berdiri pada tahun 1088), Oxford (sekurang-kurangnya sejak tahun 1096), dan Paris (s.ā1150). Badan-badan pengajian ini mula didirikan sebagai sama ada sebagai suatu perseikatan pelajar (sepertimana di Bologna) ataupun perseikatan pengajar (seperti di Paris).[1]