Presiden Jerman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Presiden Jerman, secara rasminya Presiden Persekutuan Jerman (Jerman: Bundespräsident der Bundesrepublik Deutschlandcode: de is deprecated )[2] ialah ketua negara Republik Persekutuan Jerman.
Presiden Republik Persekutuan Jerman | |
---|---|
Bundespräsident der Bundesrepublik Deutschland | |
Gelaran | "Tuan Yang Terutama" / Your Excellency |
Singkatan | BPr |
Bidang kuasa | Jerman dan Jerman Barat |
Kediaman | Schloss Bellevue (Berlin) Villa Hammerschmidt (Bonn) |
Dilantik oleh | Majlis Perhimpunan |
Tempoh jawatan | 5 tahun Boleh diperbaharui berturut-turut sekali |
Surat cara pembentukan | Undang-Undang Dasar Republik Persekutuan Jerman |
Pelopor | Reichspräsident |
Penjawat sulung | Theodor Heuss |
Dibentuk | 24 Mei 1949 |
Timbalan/naib | President of the Bundesrat of Germany (en) |
Gaji | 242,500 € setahun[1] |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Jerman memiliki pemerintahan sistem parlimen di mana Canselor adalah tokoh politik utama negara dan ketua eksekutif de facto. Namun, Presiden turut memiliki peranan utama lain lebih dari sekadar kerasmian, lagi-lagi secara leluas mengenai cara mereka menjalankan tugas rasmi mereka.[3] Presiden memberikan arahan terhadap politik umum dan perdebatan sosial dan memiliki beberapa "kekuasaan cadangan" dalam kasus ketidakstabilan politik (sebagaimana diatur oleh Fasal 81 dari Undang-Undang Dasar Jerman).[4]
Frank-Walter Steinmeier pemegang jawatan terkini selepas dilantik pada 12 Februari 2017 dan mula berkhidmat pada 19 Mac tahun sama.