RMS Titanic
kapal penumpang transatlantik British, dilancarkan dan diasaskan pada tahun 1912 / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ini adalah rencana tentang kapal penumpang bernama Titanic. Untuk rencana filem Titanic 1997, sila ke Titanic (filem 1997).
RMS Titanic bertolak dari Southampton pada 10 April 1912 | |
Sejarah | |
---|---|
Nama: | RMS Titanic |
Pemilik: | White Star Line |
Pendaftaran pelabuhan: | Liverpool, United Kingdom |
Laluan: | Southampton ke Bandar Raya New York |
Dipesan: | 17 September 1908 |
Pembina: | Harland and Wolff, Belfast, North Ireland |
Nombor limbungan: | 401 |
Dibaringkan: | 31 Mac 1909 |
Dilancarkan: | 31 Mei 1911 |
Disiapkan: | 2 April 1912 |
Pelayaran sulung: | 10 April 1912 (112 tahun dahulu) |
Dalam perkhidmatan: | 10–15 April 1912 |
Pengenalan: | Pengenal radio "MGY" |
Takdir: | Melanggar aisberg jam 11:40 malam waktu setempat pada pelayaran pertamanya 14 April 1912 lalu tenggelam 2 jam 40 minit kemudian |
Status: | Bangkai kapal |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | kapal laut kelas-Olympic |
Berat (tan): | 46,328 GRT |
Sesaran: | 52,310 tan metrik |
Panjang: | 882 ka 6 in (269.0 m) |
Lunas: | 92 ka 0 in (28.0 m) |
Tinggi: | 175 ka (53.3 m) (lunas ke bahagian atas corong) |
Draught: | 34 ka 7 in (10.5 m) |
Kedalaman: | 64 ka 6 in (19.7 m) |
Dek: | 9 (A–G) |
Installed power: | 24 dandang satu dan dua hujung tunggal memberi makan dua enjin stim berulang untuk kipas sayap dan turbin tekanan rendah untuk kipas tengah;[1] Keluaran: 46,000 HP |
Jana kuasa: | Dua 3-bilah kipas sayap dan satu 4-bilah kipas tengah |
Halaju: | Layar: 21 kn (39 km/j; 24 mph). Maks: 24 kn (44 km/j; 28 mph) |
Kapasiti: | Penumpang: 2,435, anak kapal: 892. Jumlah: 3,327 |
Nota: | Kapal penyelamat: 20 buah menampung 1,178 orang |
RMS Titanic (juga SS Titanic) merupakan yang kedua daripada tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan sepanjang perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa kapal itu melakukan pelayaran pertamanya, ia berlanggar dengan sebuah aisberg pada jam 11:40 PM (waktu setempat kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.
Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang penumpang lalu menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa zaman aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini. Kejadian ini sangat mengejutkan lagi-lagi dengan pengetahuan ramai mengenai kelengkapan Titanic dengan teknologi yang termaju serta anak kapal yang berpengalaman tinggi pada zamannya sehingga ia disangka “tidak mungkin tenggelam”. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, penukaran undang-undang laut, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan penimpaan terhadap kapal ini kekal masyhur pada tahun-tahun berikutnya.