Rainz (kumpulan muzik)
kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Rainz (Hangul: 레인즈) ialah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang terdiri daripada tujuh orang ahli yang sebelum ini pernah menyertai rancangan realiti Mnet tahun 2017 Produce 101 Season 2.[1] Kumpulan ini debut dengan album mini pertama mereka Sunshine yang dikeluarkan pada 12 Oktober 2017.[2] Mereka secara rasmi dibubarkan selepas melakukan aktiviti kumpulan terakhir mereka di Jepun pada 28 Oktober 2018 dan kembali ke agensi masing-masing.[3][4]