Reichskommissariat Ostland
From Wikipedia, the free encyclopedia
Reichskommissariat Ostland (RKO) atau Komisariat Reich Wilayah Timur telah ditubuhkan oleh Jerman Nazi pada tahun 1941 semasa Perang Dunia II. Ia menjadi rejim pendudukan awam di negara-negara Baltik (Estonia, Latvia, dan Lithuania) dan bahagian barat Republik Sosialis Soviet Belarusia. Dokumen perancangan Jerman pada awalnya menamakan komisariat ini sebagai Reichskommissariat Baltenland ("Wilayah Baltik").[1] Organisasi politik bagi wilayah ini – selepas satu tempoh awal pentadbiran tentera sebelum penubuhannya – membabitkan pentadbiran awam Jerman, secara nominal dibawah kuasa Kementerian Reich bagi Wilayah Taklukan Timur yang dipimpin oleh ideologis Nazi Alfred Rosenberg, tetapi sebenarnya dikawal oleh pegawai Nazi Hinrich Lohse, yang dilantik Reichskommissar.
Reichskommissariat Ostland | |||||
---|---|---|---|---|---|
1941–1945 | |||||
| |||||
Status | Reichskommissariat Jerman | ||||
Ibu negara | Riga | ||||
Bahasa yang umum digunakan | Jerman (rasmi) Rusia · Belarusia · Estonia Latvia · Lithuania · Poland | ||||
Kerajaan | Koloni Jerman Nazi | ||||
Reichskommissar | |||||
• 1941–1944 | Hinrich Lohse | ||||
• 1944–1945 | Erich Koch | ||||
Era Sejarah | Perang Dunia II | ||||
• Operasi Baltik | 22 Jun 1941 | ||||
• Ditubuhkan | 25 Julai 1941 | ||||
1 September 1941 | |||||
5 Disember 1941 | |||||
1 April 1944 | |||||
• Pembebasan Soviet | Julai–Nov. 1944 | ||||
• Secara rasmi dibubarkan | 21 Januari 1945 | ||||
• Penyerahan kalah Kelompok Courland | 10 Mei 1945 | ||||
Mata wang | Reichskreditkassenscheine (de facto) |
Objektif utama politik Jerman untuk Reichskommissariat, seperti yang ditetapkan oleh Kementerian dalam rangka dasar polisi Sosialis Nasional bagi timur yang dibentuk oleh Adolf Hitler, termasuk pembasmian kaum Yahudi, dan juga Lebensraum iaitu penempatan baru etnik Jerman berserta pengusiran penduduk asal dan Jermanisasi keseluruhan penduduk. Polisi ini digunakan tidak hanya untuk Reichskommissariat Ostland tetapi juga untuk wilayah-wilayah Soviet taklukan Jerman yang lain. Melalui penggunaan Batalion Polis Jerman dan Einsatzgruppen A dan B, dengan penyertaan aktif pasukan auksiliari lokal, lebih sejuta orang Yahudi dibunuh dalam Reichskommissariat Ostland.[2] Polisi-polisi Jermanisasi, yang dibangun atas landasan Generalplan Ost, kemudiannya akan dilaksanakan oleh beberapa dekri khas dan prinsip panduan untuk pelan penempatan am bagi Ostland.[3]
Pada tahun 1943 dan 1944, tentera Soviet secara beransur-ansur menawan semula kebanyakkan wilayah Ostland semasa kemaraan mereka ke arah barat, tetapi ketumbukan Wehrmacht bertahan di Kelompok Courland sehingga Mei 1945. Dengan berakhirnya Perang Dunia II di Eropah dan kekalahan Jerman pada Mei 1945, pihak Reichskommissariat tidak lagi wujud.