Scythia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Saka (Parsi: سکاستانcode: fa is deprecated Sakâstan bentuk lama: 𐎿𐎣𐎠 Sakā atau 𐎿𐎤𐎢𐎭𐎼 Skudra, Bahasa Yunani: Σκυθίαcode: grc is deprecated Skythia, Latin dan Inggeris: Scythia[1]) adalah sebuah kawasan di Eurasia yang didiami oleh orang Saka berbangsa rumpun Iran bermula pada kurun ke-8 SM sehingga kurun ke-2 SM. Lokasi dan jangkauan kawasannya berubah mengikut masa tetapi biasanya lebih mengunjur ke barat berbanding seperti yang ditunjukkan di dalam peta.[2] Kawasan yang dikenali oleh para pengarang klasik sebagai Scythia termasuk:
- Padang rumput Kaspia-Pontic: Kazakhstan, selatan Rusia dan Ukraine (didiami oleh orang Scythia bermula sekurang-kurangnya kurun ke-8 SM)
- Kawasan Caucasus Utara, termasuk negara moden Azerbaijan.
- Sarmatia, Ukraine, Belarus, Poland sehingga ke Oceanus Sarmaticus[3] juga dikenali sebagai Baltik.
- Ukraine Selatan dengan kawasan hilir sungai Danube dan sebahagian Romania, juga dikenali sebagai Scythia Kecil
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Parsi. (November 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Saka (Indo-Scythia) mengunjur sehingga ke Sistan (yang mana dikenali sebagai Sakestan) dan Lembah Indus bermula pada kurun pertama SM, tetapi kawasan ini biasanya tidak dimasukkan di dalam istilah "Scythia."