Sel darah putih
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sel darah putih atau leukosit merupakan sejenis sel sistem imun yang membentuk komponen darah. Leukosit terbahagi kepada dua jenis iaitu granulosit (sitoplasma bergranul) dan agranulosit (sitoplasma tidak bergranul). Terdapat tiga jenis granulosit iaitu neutrofil, eosinofil dan basofil manakala agranulosit terdiri daripada limfosit dan monosit.[1] Fungsi leukosit-leukosit ini adalah berbeza mengikut jenis tetapi secara umumnya ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan badan. Leukosit-leukosit ini adalah multipoten yang terhasil di sum-sum tulang yang dikenali sebagai sel tunjang hematopoietik.