Senarai Imam Besar Al-Azhar
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Jawatan Imam Besar Al-Azhar atau Syeikh al-Azhar diisi oleh seorang ulama Mesir. Jawatan ini merupakan jawatan paling terkemuka dalam Islam dan sering dianggap sebagai pihak paling berkuasa dalam fiqah (perundangan Islam). Syeikh al-Azhar ialah jawatan rasmi agama paling terkemuka di Mesir.[1][2] Terdahulu semasa penubuhan jawatan ini di bawah Empayar Uthmaniyah, penyandang jawatan ini dipanggil Musyrif dan kemudiannya Nazir.[3] Antara tahun 1860 dan 1864, sebuah lembaga ulama ditubuhkan sebagai ganti peranan Imam Besar al-Azhar.[4]
Beberapa Imam Besar berkhidmat beberapa penggal perkhidmatan; setiap penggal disenaraikan secara berasingan. Sumber utama menunjukkan tahun dalam takwim hijrah, jadi penukaran kepada tahun masihi oleh sumber Barat mungkin ada yang kurang tepat.[4]