Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Shinhwa
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ini adalah senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh kumpulan penyanyi lelaki Korea Selatan, Shinhwa. Kumpulan ini debut pada 24 Mac 1998 dengan enam anggota: Eric, Lee Min-woo, Kim Dong-wan, Shin Hye sung, Jun Jin, dan Andy. Shinhwa pada mulanya terbentuk di bawah SM Entertainment, namun, ia berpindah ke Good Entertainment pada Julai 2003, setelah kontrak mereka tamat. Sementara di bawah naungan Good Entertainment sebagai Shinhwa, setiap anggota memulakan kerjaya solo dibawah syarikat masing-masing.
Pada tahun 2011, mereka menubuhkan 'Shinhwa Company' untuk terus beraktiviti secara aktif dalam industri muzik. Mereka kembali kepada industri muzik pada Mac 2012, setelah empat tahun berehat, di mana mereka menghabiskan khidmat tentera, dengan pelancaran album kesepuluh The Return dan siri jelajah konsert.