Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Siti Nurhaliza
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Siti Nurhaliza ialah salah satu artis yang paling terkenal di Kepulauan Melayu[1][2], Rantau Nusantara.[3] dan Asia Tenggara. Beliau merupakan artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah apabila rekod beliau telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001[4] dan kekal pemegang rekod sehingga kini. Sehingga kini, beliau telah menerima dan memenangi lebih dari 300 anugerah tempatan dan antarabangsa.[5]
Siti Nurhaliza mengadakan persembahan sebagai persembahan pembukaan untuk Anugerah Juara Lagu ke-24 pada 11 Januari 2010. | ||
Anugerah | Menang | Nominasi |
---|---|---|
13 | 27 | |
42 | 89 | |
20 | 30 | |
28 | 48 | |
25 | 26 | |
3 | 4 | |
0 | 5 | |
|
0 | 1 |
4 | 5 | |
Jumlah | ||
Anugerah dimenangi | 316 | |
Pencalonan | 331[nota 1] |
Beliau merupakan pemegang beberapa rekod untuk pelbagai anugerah dan penghargaan,[6] setakat ini beliau telah menerima[7] – 42 anugerah di Anugerah Industri Muzik, 25 anugerah di Anugerah Bintang Popular, 28 anugerah di Anugerah Planet Muzik, 20 anugerah di Anugerah Juara Lagu, empat di Anugerah MTV Asia, tiga di World Music Awards, dua di Anugerah Musik Indonesia dan pemegang dua rekod dalam Malaysia Book of Records.[4]
Berikut ialah senarai lengkap anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Siti Nurhaliza.