Senarai baka arnab
From Wikipedia, the free encyclopedia
Setakat tahun 2017, terdapat sekurang-kurangnya 305 baka arnab peliharaan di 70 buah negara di dunia.[1] Satu baka arnab mempunyai perbezaan ketara melalui pembiakan terpilih (atau kadang kala pemilihan semulajadi) untuk ciri-ciri khas, termasuk saiz, bulu (panjang, kualiti atau warna), nisbah pengubahan makanan, penyesuaian cuaca, atau perangai. Kumpulan-kumpulan seperti Persatuan Pembiak Arnab Amerika (ARBA) dan Majlis Arnab Britain (BRC) untuk mengkoordinasi dan mempiawaikan kualiti yang diinginkan untuk baka-baka mereka, melalui promosi dan pameran. Setiap baka arnab dianggap membawa manfaat apabila penternak dengan reputasi berusaha untuk mencipta tujuan pembiakkan, sering kali ditakrifkan oleh standard baka individu yang mana mungkin akan diadili.[2] Kepelbagaian baka global mencerminkan keluasan kualiti unik arnab. Berikut disenaraikan 191 baka arnab moden di dunia.