Seni khat Islam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Khat Islam, atau khat Arab, (Jawi: خط إسلامcode: ms is deprecated ) ialah amalan penulisan berseni atau seni khat dan, secara tambahan, berkaitan dengan penjilidan (kitab, lebih-lebih lagi Al-Quran)[1], di kawasan yang berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk kesenian ini berasaskan tulisan Arab, yang untuk tempoh yang lama digunakan oleh semua Muslim dalam bahasa masing-masing seperti tulisan jawi. Mereka menggunakannya bagi mewakili Tuhan kerana mereka menolak melambangkan Tuhan menggunakan gambar.[2] Seni khat merupakan seni yang amat disanjungi di antara seni-seni Islam yang lain kerana ia merupakan salah satu cara utama mengekalkan keaslian kandungan ayat-ayat suci al-Qur'an selain melalui hafalan para huffaz (penghafal Al-Quran). Pengharaman mengukir atau melukis rupa makhluk yang boleh membawa kepada taghut dan penyembahan berhala mendorong perkembangan seni khat dan gambaran abstrak menjadi bentuk gambaran kesenian utama dalam kebudayaan Islam, terutama dari segi konteks keagamaan.[3] Karya-karya yang dihasiklan oleh khattat (pakar-pakar khat) dikumpul dan amatlah dihargai kerana ianya mempunyai nilai yang besar dalam rujukan kaedah-kaedah penulisan khat.
Seni khat orang-orang Arab, Parsi, dan Empayar Uthmaniyyah dikaitkan dengan motif abstrak arabes pada dinding dan siling masjid dan juga pada kitab. Ahli seni lukis semasa dalam dunia Islam memetik warisan khat untuk menulis khat atau pengabstrakan hasil karya mereka.