Sukan Asia Tenggara 2021
Edisi ke-31 Sukan Asia Tenggara / From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukan Asia Tenggara 2021, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara ke-31 atau Sukan SEA ke-31 dan juga dikenali sebagai Vietnam 2021, adalah acara pelbagai sukan serantau dwitahunan yang diadakan dari 12 hingga 23 Mei 2022 di Hanoi, Vietnam. Pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 21 November hingga 2 Disember 2021, ia telah dijadualkan semula akibat daripada pandemik COVID-19 di Vietnam.[1] Pertandingan ini menampilkan 40 sukan, terutamanya yang dimainkan di Sukan Olimpik.[2][3] Ini adalah kali kedua Vietnam menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara, setelah sebelum ini menjadi tuan rumah edisi 2003.
Fakta Segera Bandar tuan rumah, Cogan kata ...
Bandar tuan rumah | Hanoi, Vietnam |
---|---|
Cogan kata | For a Stronger Southeast Asia (Melayu: Untuk Asia Tenggara yang Lebih Kuatcode: ms is deprecated ) |
Penyertaan negara | 11 |
Penyertaan atlet | 5,467 |
Acara | 526 dalam 40 sukan |
Upacara pembukaan | 12 Mei 2022 |
Upacara penutupan | 23 Mei 2022 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Nguyễn Xuân Phúc Presiden Vietnam |
Penutupan dirasmikan oleh | Phạm Minh Chính Perdana Menteri Vietnam |
Pembaca ikrar atlet | Vũ Thành An |
Pembaca ikrar juri | Phan Thị Ngọc Linh |
Stadium utama | Stadium Nasional Mỹ Đình (pembukaan) Gimnasium Permainan Dalaman Hanoi (penutupan) |
Laman sesawang | Laman web rasmi |
Tutup