Tentera Laut Republik Islam Iran
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentera Laut Republik Islam Iran (Parsi: نیروی دریایی ارتش جمهوری اسلامی ایرانcode: fa is deprecated ) disingkatkan NEDAJA (Parsi: نداجاcode: fa is deprecated ), adalah cabang peperangan laut bagi Tentera Republik Islam Iran (Artesh).[1][3]
Tentera Laut Republik Islam Iran | |
---|---|
Aktif | 500 SM–kini |
Negara | Iran |
Jenis | Tentera laut |
Peranan | Peperangan laut |
Saiz | 18,000 (anggaran 2011)[1] |
Sebahagian daripada | Tentera (Artesh) |
Markas | Tehran |
Nama samaran | Parsi: دریادلانcode: fa is deprecated , Daryādelān "Seahearts" |
Moto | Parsi: راه ما، راه حسین استcode: fa is deprecated , Rāh-e ma, rāh-e hoseyn ast "Our Path, Is Hussain's Path"[2] |
Kawat | 18 April |
Peringatan | 28 November (Hari Tentera Laut) |
Kelengkapan | Kapal-kapal terkini |
Pertempuran |
|
Komander | |
Komander terkini | Komodor Hossein Khanzadi |
Tanda kebesaran | |
Panji-panji | |
Bendera |
Ia diberi tugas mengawal garisan pertahanan pertama Iran di Teluk Oman serta diluarnya dengan misi bertindak sebagai angkatan laut lepas yang efektif.[1] Akan tetapi, ia secara umumnya dianggap sebagai angkatan laut sempadan yang konvensional[3] kerana ia kebanyakannya beroperasi pada peringkat serantau, iaitu di Teluk Parsi dan Teluk Oman tetapi juga beroperasi jauh ke Laut Merah, Laut Mediterranean dan barat laut Lautan Hindi.[1] Pada Julai 2016, pihak Tentera Laut menyatakan ia akan membuat kehadiran di Lautan Atlantik, bagi tempoh yang tidak ditentukan.[4]
Salah satu dari dua cabang tentera maritim Iran bersama dengan Tentera Laut IRGC, fungsi dan bidang tanggungjawabnya bertindih dengan tentera laut yang lain, tetapi ia berbeza dari segi strategi ketenteraan dan peralatan. Berbeza dengan Tentera Laut IRGC, yang dilengkapi dengan kapal serang laju yang kecil, tulang belakang inventori tentera laut Artesh terdiri daripada kapal-kapal permukaan yang lebih besar, termasuk frigat, korvet, dan kapal selam.[3]