The Troubles
From Wikipedia, the free encyclopedia
The Troubles ("Kesusahan", Ireland: Na Trioblóidícode: ga is deprecated ) atau juga umumnya dikenali sebagai "Konflik Ireland Utara" (bahasa Inggeris: Northern Ireland conflictcode: en is deprecated [12][13][14][15][16]) merupakan sebuah konflik etnonasionalis[17][18][19][20] yang berlaku di Ireland Utara pada akhir abad 20. Konflik yang kadang-kadang digambarkan sebagai "perang gerila" atau "perang peringkat rendah"[21][22][23][24] ini bermula sejak tahun 1960-an dan biasanya dianggap telah berakhir dengan Perjanjian Jumaat Suci pada tahun 1998.[25][26][27][28] Walaupun konflik ini tertumpu di Ireland Utara, keganasan yang berlaku kadangkalanya turut dilaporkan tertumpah ke bahagian-bahagian tertentu di Republik Ireland, Britain, dan tanah besar Eropah.[29]
The Troubles | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Peta politik pulau Ireland | ||||||||
| ||||||||
Pihak yang terlibat | ||||||||
Angkatan-angkatan keselamatan negara
|
Paramiliter republikan Ireland
|
Ulster loyalist paramilitaries
| ||||||
Kerugian dan korban | ||||||||
Tentera British: 705 Tentera Darat Ireland: 1 Gardaí: 9 IPS: 1 Jumlah: 11[7] |
PIRA: 291 INLA: 39 OIRA: 27 IPLO: 9 RIRA: 2 Jumlah: 368[7] |
UDA: 91 UVF: 62 RHC: 4 LVF: 3 UR: 2[8] Jumlah: 162[7] | ||||||
Korban awam: 1,841[9] (atau 1,935 termasuk bekas anggota)[7] Jumlah yang tercedera: 47,500+[10] Jumlah keseluruhan: sekitar 50,000[11] |
Konflik ini didorongi motif politik dan nasionalisme melalui peristiwa-peristiwa sejarah tertentu.[30] Ia juga bermotifkan etnik atau mazhab,[31] namun ia bukanlah berdasarkan agama.[32] Isu utama yang dibangkitkan dalam konflik ini adalah status perlembagaan Ireland Utara. Pihak yang setia dengan Britain (Unionist atau Loyalist) kebanyakannya berfahaman Protestan dan inginkan Ireland Utara kekal dalam United Kingdom; manakala pihak nasionalis atau republikan Ireland bermazhab Katolik mahukan Ireland Utara berpisah daripada United Kingdom dan bersatu semula dengan republik Ireland.