![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/00/Timur_reconstruction03.jpg/640px-Timur_reconstruction03.jpg&w=640&q=50)
Timurlang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Timurlang[lower-alpha 1] (Parsi: تيمور لنگcode: fa is deprecated Temūr(-i) Langcode: fa is deprecated ; Templat:Lang-chg Aqsaq Temür,[5] 'Timur yang Tempang'; bahasa Inggeris: Tamerlanecode: en is deprecated ), Timūr Gurkānī[lower-alpha 2] (Templat:Lang-chg Temür Küregen)[7] atau nama ringkasnya Timur (Templat:Lang-chg Temür 'Besi'; 9 April 1336 – 14 Februari 1405) adalah orang Turki yang terkenal pada abad ke-14 sebagai penakluk dan pemerintah di Asia Tengah, terutamanya sebagai pengasas Empayar Timuriyah di selatan Rusia dan Parsi.[8][9]
Timur | |
---|---|
![]() Patung kepala ukiran Mikhail Mikhaylovich Gerasimov berdasarkan tengkorak tinggalan | |
Pemerintahan | 9 April 1370– 14 Februari 1405 |
Pertabalan | 9 April 1370, Balkh [2] |
Nama penuh | Shuja-ud-din Timur[3] |
Keputeraan | 9 April 1336 [2] |
Tempat keputeraan | Kesh, Khanate Chagatai (kini Uzbekistan) |
Mangkat | 19 Februari 1405 (umur 68) |
Tempat mangkat | Otrar, Farab, berdekatan Shymkent, Syr Darya (kini Kazakhstan) |
Dimakamkan | Gur-e-Amir, Samarkand |
Pendahulu | Amir Hussain |
Pengganti | Khalil Sultan |
Pasangan | Saray Mulk Khanum Chulpan Mulk Agha Aljaz Turkhan Agha Tukal Khanum Dil Shad Agha Touman Agha seoranh lagi isteri |
Anakanda | Miran Shah Shahrukh Mirza |
Kerabat diraja | Barlas Timur |
Ayahanda | Muhammad Taraghai |
Bonda | Tekina Mohbegim |
Agama | Islam |
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/21/Tamerlane_statue.jpg/640px-Tamerlane_statue.jpg)
Pemerintahan baginda dilihat banyak menyatupadukan Asia Tengah dengan kuat kepada dunia Islam sehingga ada mendapat pujian dalam penulisan sejarah berpengaruh Ibnu Khaldun;[10] namun baginda amat dibenci di tanah-tanah Arab, Parsi dan India kerana kehancuran dan malapetaka yang menimpa dala penaklukannya terutamanya pemusnahan kota Baghdad dan Damsyik. Pandangan terhadapnya dalam kalangan masyarakat Eropah: ada kerajaan yang melihatnya sebagai suatu sekutu tetapi ada juga yang melihatnya sebagai ancaman kepada Eropah.[11]:341
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/be/Samarkand_Gur-Imir_Mausoleum.jpg/320px-Samarkand_Gur-Imir_Mausoleum.jpg)