Transilvania
From Wikipedia, the free encyclopedia
Transilvania (juga Ardeal; Hungary: Erdélycode: hu is deprecated ; Bahasa Jerman: Siebenbürgen (bantuan·maklumat); Bahasa Bulgaria: Трансилвания; Serbia: Трансилванијаcode: sr is deprecated / Serbia: Transilvanijacode: sr is deprecated atau Serbia: Ердељcode: sr is deprecated / Serbia: Erdeljcode: sr is deprecated ; Latin: Transsilvaniacode: la is deprecated ) merupakan satu wilayah bersejarah yang terletak di bahagian barat negara Romania. Pada awal sejarah, wilayah Transilvania menyertai wilayah Dacia, Empayar Rom, empayar Hun, kerajaan Gepid[1] dan Empayar Bulgaria[2]. Wilayah tersebut dikelilingi oleh Alp Transilvania dan Pergunungan Karpatos. Wilayah itu mulanya di bawah penguasaan Kerajaan Rom selepas 107 M, kemudiannya di bawah orang-orang Jerman dan seterusnya di bawah kerajan Hungary pada tahun 1003. Wilayah tersebut menjadi kerajaan autonomi di bawah empayar Uthmaniyyah pada tahun 1571, sebahagian dari Monarki Habsburg pada tahun 1711, lalu kembali menjadi sebahagian dari kerajaan Hungary pada tahun 1867, dan sebahagian dari Kerajaan Romania setelah Perang Dunia Pertama. Bandar utama Transilvania, Cluj-Napoca, kini dianggap sebagai ibukota wilayah ini. Transilvania telah di jajahi oleh beberapa kerajaan untuk berabad lamanya dan akhirnya sekarang di bawah Romania semenjak Perang Dunia Kedua.