Vojna i mir
From Wikipedia, the free encyclopedia
Voyna i mir (Rusia: Война и мир, rumi: Vojna i mircode: ru is deprecated - ejaan lama: Война и миръcode: ru is deprecated - tajuk bahasa Inggeris: War and Peacecode: en is deprecated ) ialah sebuah novel sejarah bahasa Rusia karya Leo Tolstoy. Novel ini berlatarkan zaman Empayar Rusia diserang pihak Perancis sambil mengisahkan kesan rejim Napoleon Bonaparte ke arah masyarakat Empayar Rusia melalui sudut pandang lima keluarga bangsawannya. Ia mula-mula diterbitkan secara bersiri dalam majalah Russkiy Vestnik dari 1865 hingga 1867.[1] Ia dibukukan pada tahun 1869.[2]
Fakta Segera Umum, Pengarang ...
Umum | |
---|---|
Pengarang | Leo Tolstoy |
Negara | Rusia |
Bahasa | bahasa Rusia dengan beberapa selingan bahasa Perancis |
Genre | Novel sejarah |
Penerbitan | |
Penerbit | Russkiy Vestnik |
Tarikh penerbitan | dihimpukan pada 1865–1867; dibukukan pada 1869 |
Jenis media | Cetakan |
Halaman | 1,225 (first published edition) |
Tutup
Novel ini dianggap sebagai bukan sahaja antara mahakarya Leo Tolstoy, tetapi juga suatu mahakarya kesusasteraan dunia.[3][4][5]