huruf kedua puluh empat abjad Rumi From Wikipedia, the free encyclopedia
Huruf X terletak di tempat ke-24 dalam abjad Rumi. Namanya ialah eks (/ɛks/).
Cari x dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Dalam kajian fonetik, x ialah lambang IPA dan X-SAMPA mewakili bunyi geseran velar tak bersuara yang bersamaan dengan "kh" seperti dalam "khidmat" dalam bahasa Melayu (IPA digunakan untuk transkripsi sebutan di sepanjang rencana ini).
Gabungan konsonan /ks/ mula-mulanya, dalam bahasa Yunani purba, ditulis sama ada sebagai Chi Χ (loghat Barat) atau Xi Ξ (loghat Timur). Akhirnya, Chi dipiawaikan untuk bunyi /kʰ/ (/x/ dalam bahasa Yunani moden), sementara Xi dipiawaikan untuk bunyi /ks/. Bagaimanapun, orang Etruscan telah mengambil alih Χ dari loghat Yunani Barat purba; maka, X mewakili bunyi /ks/ dalam bahasa Etruscan dan Latin.
Adalah tidak diketahui sama ada huruf-huruf Chi dan Xi merupakan ciptaan orang Yunani, ataupun berasal dari bahasa Semitik. Chi diletak hampir pada akhir susunan huruf Yunani, selepas huruf-huruf asalan Semitik, bersama dengan Phi, Psi, dan Omega, dengan ide bahawa huruf-huruf itu merupakan inovasi; lebih-lebih lagi, tidak terdapat mana-mana huruf yang mewakili bunyi /ks/ secara terperinci dalam bahasa Semitik. Terdapat satu huruf Phoenicia kheth yang barangkalinya berbunyi /ħ/, agak serupa dengan /kʰ/, tetapi ini diterima dalam huruf Yunani mual-mulaya sebagai konsonan /h/, dan kemudiannya, bunyi vokal panjang Eta (Η,η), maka huruf itu tidak kelihatan menjadi asalan huruf Chi. Huruf Phoenicia Samekh (mewakili /s/) sering dianggap sebagai ilham bagi Xi, namun seperti yang diterangkan, Chi mempunyai bentuk yang berbeza dari Xi — meskipun huruf itu mungkin merupakan variasi lain yang juga berasal daripada samekh. Bentuk asal samekh barangkali merupakan have hieroglif Mesir bagi kolum Djed, namun ini juga tidak pasti kerana tiadanya bentuk Proto-Sinaitik bagi huruf ini yang dikenal pasti serupa dengannya.
Dalam sesetengah bahasa, sebagai kesan pelbagai perubahan fonetik dan adaptasi tulisan tangan, X berbeza sebutannya dalam pelbagai bahasa:
fonetik NATO | Kod Morse | ||
X-ray | |||
Bendera isyarat | Semafora | Panduan ASL | Braille |
Titik kod | Huruf besar X | Huruf kecil x | |
---|---|---|---|
Unikod | U+0058 | U+0078 | |
ASCII | Perpuluhan | 88 | 120 |
Perduaan | 01011000 | 01111000 | |
EBCDIC | 231 | 167 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.