Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) merupakan zon perindustrian dan komersil bebas bersepadu pertama negara yang meliputi kawasan seluas 400 hektar, menawarkan tapak perindustrian tersedia (tanah terbuka), unit perindustrian ringan (LIU) untuk kilang-kilang dan gudang serta ruang pejabat di kompleks perniagaan PKFZ. Ia terletak di sepanjang Selat Melaka, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor, Malaysia. Pada mulanya PKFZ diuruskan oleh Lembaga Perdagangan Bebas Jebel Ali (Jebel Ali Free Zone Authority atau singkatannya JAFZA). Bagaimanapun, ia telah diambil alih dan dijenamakan semula oleh sebuah syarikat tempatan pada tahun 2007.[1] Kawasan taman industri ini menawarkan pelbagai insentif pelaburan kepada pelabur untuk memulakan perniagaan dan fasiliti perkilangan di PKFZ seperti pelepasan cukai pada kebanyakan produk-produk dan/atau perkhidmatan, elaun industri, ekuiti asing 100% dan insentif bagi penyelidikan dan pembangunan, latihan dan eksport.