1853 - Opera Giuseppe VerdiIl trovatore, berdasarkan pementasan El Trobador, dipersembahkan buat pertama kali, di Teatro Apollo di Rom.
1915 - Georges Claude mempersembahkan tiub neon untuk kegunaan pengiklanan.
1915 - Perang Dunia Pertama: Pesawat zeppelin Jerman mengebom bandar Great Yarmouth dan King's Lynn di United Kingdom dalam serangan udara pertama terhadap sasaran awam, menyebabkan 20 nyawa melayang.
1917 - Menteri Luar Jerman Arthur Zimmermann menghantar Telegram Zimmermann ke Mexico, untuk mencadangkan perikatan Jerman-Mexico untuk menentang Amerika Syarikat.
1935 - Di Chicago, Coopers Inc. menjual seluar dalam yang pertama di dunia, satu fesyen pakaian dalam lelaki yang baharu.
1942 - Perang Dunia II: Tentera Jepun menyerang Burma.
1945 - Perang Dunia II: Tentera Soviet memebebaskan geto Łódź. Dari 230,000 penduduk pada tahun 1940, tak lebih 900 yang tinggal selepas pengunduran Nazi.
1969 - Pelajar Jan Palach mati setelah membakar dirinya tiga hari sebelumnya di Dataran Wenceslas, Prague untuk membantah pencerobohan Czechoslovakia oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1968.
1977 - Iva Toguri yang dikatakan merupakan salah seorang Ros Tokyo, diberikan pengampunan penuh oleh Presiden A.S.Gerald Ford.
2006 - Seorang pengganas meletupkan dirinya di Tel Aviv, meragut nyawa dirinya sahaja sambil mencederakan 20 orang lain.
2006 - Sebuah pesawat Antonov An-24 milik Tentera Udara Slovakia terhempas di Hungary.
2006 - Kuar angkasa lepas New Horizons dilancarkan oleh NASA untuk misi pertama ke planet kerdil Pluto.
2007 - Hrant Dink, seorang wartawan berbangsa Armenia, dibunuh di hadapan pejabat akhbarnya oleh Ogün Samast, seorang ultranasionalis Turki berusia 17 tahun.